Tausiyah : *Kedalaman Hakikat*


Luar biasa kedalaman Hakikat yang terpancar dari tafsir Syaikh Abu Abbas Al-Mursyi saat menjelaskan tentang tujuh (7) golongan yang mendapatkan Anugerah tempat bernaung dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala (SWT).

Di mana saat tidak ada sama sekali tempat bernaung yang lain kecuali naungan dari ALLAH SWT. Mari untuk menemukan inti atau Hakikat dari penjelasan tersebut, yang bahkan mencakup inti dari semua jenis ibadah kepada ALLAH SWT.

Hadits tujuh (7) golongan yang dimaksud adalah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawasannya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (SAW) bersabda:

“Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan ALLAH SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-NYA:

(1) Pemimpin yang adil;

(2) Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya;

(3) Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid;

(4) Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana ALLAH;

(5) Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada ALLAH’;

(6) Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya;

(7) Orang yang berDzikir kepada ALLAH dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis.”

(HR. Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Tirmidzi, Imam Nasai, Imam Bukhari dan Imam Muslim, mudah-mudahan ALLAH SWT meridhai para Imam hadits ini).

Tafsir Syaikh Abu Abbas ditulis oleh muridnya, yaitu Syaikh Ibnu Athaillah As-Sakandary dalam kitab Lathoiful Minan. Dalam cetakan ketiga edisi tahqiq Al-Iman Ad-Doktor Abdul Halim Mahmud halaman 139 disebutkan sebagai berikut.

Pertama, pemimpin yang adil yang dimaksud adalah hati yang terpaut (bersatu) dengan Arsy ALLAH. Hati yang terpaut itu selalu kembali bersujud kepada ALLAH, termasuk keputusan yang adil pemimpin adalah bersumber dari ketundukannya kepada ALLAH SWT.

Kedua, seorang pemuda yang tumbuh besar selalu beribadah kepada ALLAH SWT adalah pemuda yang selalu belajar dan terbiasa berpaling dari hawa nafsunya serta berjalan menuju perlindungan ALLAH SWT.

Ketiga, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid adalah seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan Arsy, kerana sesungguhnya Arsylah masjid kaum mukminin.

Keempat, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH SWT adalah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana mengikut dan atas dasar Lillah Ta’ala.

Kelima, orang yang menolak ajakan berzina Kerana takut kepada ALLAH adalah orang menyulut permusuhan dengan hawa nafsunya.

Keenam, orang yang bersedekah secara rahasia adalah orang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya dari hawa nafsunya.

Ketujuh, seorang lelaki yang berDzikir dalam kesendiriannya sampai menenteskan air mata adalah lelaki yang yang mengosongkan diri dari kepentingan hawa nafsunya.

Inti dari Tafsir Syaikh Abu Abbas Al-Mursyi di atas adalah ketundukan kepada ALLAH SWT dengan mengosongkan atau mengendalikan kepentingan-kepentingan hawa nafsu.

Kerana kegiatan ibadah apapun selalu berhubungan dengan mengendalikan hawa nafsu.

Kegiatan ibadah yang masih tercampuri hawa nafsu pasti rentan (mudah) menyimpang, bukan lagi menjadi pengabdian kepada ALLAH SWT tetapi pemuasan keinginan, kepentingan, dan memperbesar ego diri.

Kenali dirimu sendiri, ketahui keberadaan nafsumu dalam dirimu, kuasai dia dan kendalikan dia yang menjadi hawa nafsumu.

In Shaa ALLAH boleh faham ya...

Wallahu A'lam Bishawab.
Terimakasih.

Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham