TAUSIYAH : *Bersih Hati Bermakna Bersih Diri sehingga Menjadi Arif Bijaksana dalam Semua (Setiap) Fikiran, Sikap, Ucapan dan Tindakannya.*

 *Bersih Hati Bermakna Bersih Diri sehingga Menjadi Arif Bijaksana dalam Semua (Setiap) Fikiran, Sikap, Ucapan dan Tindakannya.*

Ustaz Abdillah mengatakan, cara membersihkan hati adalah mendekatkan diri kepada ALLAH dengan menjalankan perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA, dengan memurnikan ketaatan kepada-NYA (ikhlas). Hanya dengan hati yang bersih kita menghadap ALLAH dengan selamat.
Baca dan fahamkan kembali dari apa-apa yang saya huraikan (uraikan) dengan secara singkat dan mudah... 👇🏻
Dalam hal Bersih Hati yang untuk bersihnya diri kita dari berbagai penyakit hati, sebagaimana firman-NYA dalam Surah As-Syu'ara ayat 88-89 di bawah ini.
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ ۙ
(yaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, [QS. Asy-Syu'ara': 88]
اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ ؕ
kecuali orang-orang yang menghadap ALLAH dengan hati yang bersih, [QS. Asy-Syu'ara': 89]
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
(QS. Asy-Syu'araa' [26]: 88)
Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)";
(QS. Asy-Syu'araa' [26]: 89)
Orang makrifat, sebagai hamba ALLAH disebut juga orang Arif Bijaksana baik dalam berfikir, bersikap, berkata dan bertindak. Segala sesuatu dipertimbangkan terlebih dahulu apakah melanggar, dosa atau bermanfaat, semua yang akan dilakukan didasari dengan hati yang bersih (suci) dan semata-mata ikhlas kerana ALLAH. Itulah sebabnya mengapa mereka disebut Ahli Makrifat; orang-orang arif bijaksana.
Hati mereka selalu bersih dari hawa nafsu dan keinginan-keinginan. kerana cara berfikirnya bersih dan tindak-tanduknya baik, maka hatinya mendapat cahaya keBenaran dari ALLAH. Hati yang bersih (suci) itu melahirkan fatwa yang mulia pula. Jadi cahaya keBenaran itu mendahului tindakannya. Fatwa dan nasehatnya mengandung energi yang kuat dan berpengaruh pula pada orang lain.
Mari kita bersihkan hati (diri) kita dengan merendahkan serendah-rendahnya diri kita di hadapan ALLAH, hilangkan adamu sehingga hanya ALLAH sahaja yang Maha Ada, dan terima semua apa yang ALLAH suruh / perintahkan untuk kita lakukan dan jauhkan diri daipada semua yang ALLAH larang, ikuti DIA dengan contoh dan bimbingan yang telah diberikan oleh Rasulullah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ada apalagi yang perlu engkau cari? Lakukan Dzikir (ingat kepada ALLAH) dalam setiap masa yang ALLAH berikan untukmu dan janganlah engkau yang sudah sentiasa berDzikir masih ada kekotoran hati bahkan menyimpan syirik dalam badan (diri)mu, jadilah bersih (suci) kerana engkau seBenarnya sentiasa berada (ada) di hadapan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, TUHANmu dan TUHANku yang pasti mutlak TUHAN Yang Hanya Ada Satu, TUHAN kita semua iaini ALLAH!
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham
Wallahu A'lam Bishawab.
Terimakasih.