Tausiyah : K A S Y A F

 Tausiyah : K A S Y A F

*Kata Kasyaf*
Bermakna: Nampak sesuatu yang ghaib melalui mata hati. Ia seolah-olah nampak dengan mata kasar. Seperti yang diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW nampak dengan hatinya mayat salah seorang Raja Najashi yang beragama Islam, lalu Nabi Muhammad SAW pun bersholat ghaib.

*Pencapaiannya dengan Dzikir*

*Dzikir*
Merupakan media (medium) seorang hamba yang tidak memiliki daya upaya untuk tetap terhubung kepada Dzat Yang Maha Sempurna dan Pemilik segalanya. Al-Imam Abdul Wahhab Asy-Sya’rani menjelaskan bahawa dengan terus-menerus berDzikir (dawamud Dzikir), keikhlasan akan menjadi sempurna dan Hijab akan tersingkap (open).
Ketersingkapan (terbuka) Hijab / Kasyaf itu ada dua macam, Hissi dan Khayali. Kasyaf Hissi adalah terbukanya pandangan dengan penglihatan mata.
Sedangkan Kasyaf Khayali adalah terbukanya tabir hati hingga mampu mengetahui kondisi diluar alam indrawi seperti melihat jin, malaikat, menembus alam ruhani, mengetahui rahasia makhluk dan lain-lain.
Ketersingkapan Imajinatif / Kasyaf Khayali ini bergantung kepada kejernihan bashirah / mata batin seorang Salik, dan kadar kejernihan bashirah itu bergantung kepada konsentrasi (fokus) dan kontinuitas Dzikir yang dijalaninya.
Di dalam shadr, qalb, Fuad dan lubb /sirr seorang hamba, setiap lapisan ruhani ini semua memiliki bashirahnya masing-masing dan setiap lintasan-lintasan yang terlihat oleh bashirah-bashirah itu ada kalanya berupa tipuan dari syeitan ataupun hawa nafsu.
Maka seorang Salik harus tetap fokus kepada Dzikirnya, bukan kepada bayangan atau lintasan-lintasan yang muncul dalam benaknya kerana Ketersingkapan / Kasyaf yang terlihat oleh bashirahnya itu terkadang berupa godaan bahkan tipuan dari syeitan sebagaimana kisah Syekh Abdul Qadir Al-Jailani pada saat beliau berada di padang pasir di siang hari Bulan Ramadhan kemudian muncul cahaya yang mengaku sebagai Tuhan dan berkata

“Telah aku halalkan apa-apa yang aku haramkan”.

Kasyaf Khayali yang datang dari syeitan di dalam suluk seorang hamba tidak lain untuk membuatnya lalai dari Dzikirnya dan terkecoh dalam perjalanannya.
Godaan dan tipuan ini tidak dapat dicegah hanya dengan pengetahuan teoritis. Tetapi dengan ilmu yang bersifat Ladunni (Anugerah ALLAH langsung) maka disini pentingnya fokus dan berserah diri di dalam Dzikir dan Suluk.
Caranya adalah dengan mengkonsentrasikan (fokus) tubuh, fikiran dan hati kepada Dzikir.
Pertama dengan memahami makna dari Dzikir yang dilafadzkan, kemudian tenggelam di dalam makna tersebut.
Kemudian fana di dalamnya hingga kita sendiri lupa dan tidak sadar bahawa kita sedang berDzikir kerana telah larut dalam untaian Dzikir itu sendiri. Yang terakhir ini adalah tanda bahawa kita telah hidup dan duduk di dalam Asmaa’ (Nama-Nama) yang diDzikirkan itu.
Seorang yang sempurna tidak akan sibuk dengan urusan Kasyaf dan karomah tetapi ia hanya akan sibuk dengan ALLAH Sang Maha Pemberi Anugerah yang hanya dari-NYA lah Ketersingkapan (Kasyaf) dan Kemuliaan (Karomah) itu datang.
Kerana tidak sedikit orang yang tertipu sehingga ia memandang Kasyaf itu adalah hasil dari usaha dan wiridnya (amalan Dzikirnya).
Wallahu A'lam Bishawab.
Terimakasih.
Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham