TAUSIYAH : *Menjaga Hubungan Baik Mula dari Perkataan yang Baik*

 *Menjaga Hubungan Baik Mula dari Perkataan yang Baik*

ALLAH memerintahkan kita untuk berkata-kata yang baik, kerana inilah aturan dasar (asas) dalam berbicara dengan orang lain.

ALLAH berfirman, “Katakanlah kepada hamba-hamba-KU, ‘Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syeitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syeitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.'” (QS. Al-Isra’: 53)

ALLAH juga berfirman, “Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Balaslah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang bermusuhan denganmu akan berubah menjadi teman yang sangat setia. Sikap seperti itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang memiliki keberutungan yang besar.” (QS. Fushshilat: 34-35)

Kata-kata yang baik akan mengubah musuh menjadi teman yang baik dan mengubah kedengkian menjadi cinta dan kasih sayang, In Shaa ALLAH. Dengan kata-kata yang baik bermakna kamu telah memenggal syeitan dan segala bisikannya.

Selain dari itu, kata-kata yang baik juga merupakan sedekah, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Kata-kata yang baik akan membuka pintu-pintu langit dan diterima oleh ALLAH.

ALLAH berfirman, “Perkataan-perkataan yang baik dan amal yang baik pasti akan sampai kepada ALLAH dan diangkatnya.” (QS. Fathir: 10)

Surah Fāţir ayat 10: "Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah ALLAH), kerana bagi ALLAH jualah segala kemuliaan. Kepada ALLAH lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa."

Jadi jom kita lakukan sahaja kebaikan dengan perkataan (ucapan-ucapan) dan perbuatan yang baik yang tentunya sesuai niat dan rancangan kita yang baik tanpa risau dan tetap menjaga hubungan yang baik pada sesamanya.
Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham