TAUSIYAH : *Wali ALLAH yang Tidak Tampak dari Pakaian dan Tampilan Hidupnya, Hanya Boleh Faham dari Perkataannya yang Terbukti!*

*Wali ALLAH yang Tidak Tampak dari Pakaian dan Tampilan Hidupnya, Hanya Boleh Faham dari Perkataannya yang Terbukti!*

Diceritakan oleh:
Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham

Suatu saat seorang murid Thariqah di suatu madrasah bertanya kepada Guru Mursyidnya, mengapa dia dapat berada di Masjidil Haram Makkah ketika berDzikir?

Guru Mursyid meminta dia untuk pergi jauh menjumpai Kiyai Paidi untuk mendapatkan jawabannya.

Hingga murid Thariqah (pemuda 35 tahun) ini sampai di daerah tempat Kiyai Paidi. Dan bertanya dimana rumah Kiyai Paidi? Mereka yang ditanya menjawab, di sini tidak ada Kiyai Paidi, yang ada adalah Kang Paidi yang setiap hari berjualan minyak wangi di pasar.

Maka pemuda itu mendatangi rumah Kang Paidi yang diberitahukan oleh masyarakat setempat tadi. Pemuda itu percaya bahawa Kang Paidi adalah Kiyai Paidi, kerana Guru Mursyid berkata, hanya 1 orang yang namanya Paidi di daerah ini.

Sampai di rumah Kang Paidi maka pemuda itu bertanya kepada seorang perempuan yang berdiri di depan rumah itu, benarkah ini rumah Kang Paidi? Dan dijawab, benar tetapi Kang Paidi sedang berada di surau hadapan rumah ini untuk menjadi imam Sholat Maghrib.

Pemuda itu pun menuju surau untuk sholat. Setelah dia melakukan wudhu' maka masuklah dia ke dalam surau untuk sholat berjama'ah.

Dalam sholat berjama'ah itu si pemuda dengan jelas mendengar bacaan lafaz Suratul Al-Fatihah dari imam sholat iaini Kiyai Paidi yang tajwid dan bacaannya salah.

Apakah benar Guru Mursyid ku meminta aku untuk berjumpa dengan Kang Paidi untuk bertanya perkara Al-Hikmah (Hakikat)?, pemuda itu bergumam di dalam hatinya. Padahal Kiyai Paidi membaca Al-Fatihah sahaja salah!

Selesai Sholat Maghrib, maka Kiyai Paidi mengajak pemuda itu untuk berbincang-bincang di teras surau sambil minum kopi.

Kiyai Paidi berkata kepada pemuda itu, "Mengapa kamu sholatnya tidak khusyuk? Dan hanya memperhatikan (focuss) kepada tajwid bukan kepada ALLAH (khusyuk)?"

Pemuda itu terkejut dan dalam hatinya berkata, bagaimana Kang Paidi boleh tahu apa yang berlaku pada diriku? Ternyata Guru Mursyid ku benar, Kang Paidi adalah orang hakikat.

"Hai pemuda, kamu itu mengetahui sesuatu hanya dari pandangan panca indera kasar mu, bukan lah kamu menggunakan mata batin mu. Sehingga kamu tidak terhubung kepada ALLAH", kata Kiyai Paidi.

Pemuda itu bertanya, "Bagaimana supaya boleh khusyuk yang benar?"

"Focuss hanya kepada ALLAH, dengan setiap waktu paling kecil selalu ingat ALLAH, maka ALLAH akan bersama mu!", jawab Kiyai Paidi.

Singkat cerita... Akhirnya masuk waktu Sholat Isya maka mereka ada 5 orang sholat berjama'ah. Dan pemuda itu persis berada di belakang imam (Kiyai Paidi).

Pemuda itu berusaha menggunakan nasihat Kiyai Paidi untuk focuss hanya kepada ALLAH. Dan masa sholat itu dengan khusyuk pemuda itu mendengarkan setiap bacaan Kang Paidi terdengar dengan bacaan yang tajwidnya benar dan merdu, tak sama dengan masa Sholat Maghrib tadi.

Selepas Sholat Isya mereka berbincang-bincang lagi sebelum pemuda itu akan diajarkan dan dibimbing Dzikir oleh Kiyai Paidi untuk mengetahui kebenaran pemuda itu berada di Masjidil Haram Makkah.

Kiyai Paidi berkata, "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam katakan, 'Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada minyak kasturi'."

"Kamu tidak akan pernah mencium bau kasturi pada mulut orang yang berpuasa, jika kamu bukan orang yang khusyuk (focuss) kepada ALLAH. Kerana orang berpuasa itu sesungguhnya bau mulutnya lebih wangi dari kasturi di hadrat (hadapan) ALLAH, dan kamu bersama ALLAH maka akan mencium bau yang sama", kata Kiyai Paidi. Hingga kepala pemuda itu mengangguk-angguk maknanya faham dan setuju.

Jika seperti itu, maka ketika aku sholat tadi dengan khusyuk (focuss) kepada ALLAH maka sebenarnya yang aku dengar lafaz (bacaan) dalam sholat Kang Paidi itu dengan tajwid yang benar dan dengan merdu (suara yang indah) kerana aku bersama ALLAH dan aku bukan menggunakan telingaku dengan caraku tetapi aku mendengar dengan DIA menjadi pendengaran ku... (yang ada di dalam Hadits Qudsi mengenai menCintai ALLAH), begitu yang terucap di dalam hati pemuda itu.

Kang atau Kiyai Paidi itu adalah seorang Wali ALLAH dengan tingkatan Wali Abdal.

Begitu dulu ya ceritanya saya cukupkan dengan saya finish kan sahaja, mudah-mudahan (semoga) boleh faham dan ambil pembelajaran dari apa yang dibaca.

Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham