Madrasah Tahfiz Daarul Iman Medan (Perempuan)



Madrasah Tahfiz Daarul Iman Medan ( Perempuan) ditubuhkan sejak 2020 yang lepas , setelah Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham mengambil alih pengursan Madrasah tahfiz berkenaan kerana badan pengurusannya mengalami masalah membiayai dana pembelajaran dan pembiayaan anak-anak madrasah berkenaan.

    Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan ahli-ahli Majelis Dzikir As-Salam membantu mengumpul dana yang diperlukan, peralihan pengurusan dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Anak-anak madrasah ini telah menerima bantuan biaya makanan dan keperluan lain dalam meneruskan pengajian mereka dalam menghafal dan mempelajari Al- Quran. 

    Adalah menjadi harapan Majelis Dzikir As-Salam untuk melahirkan ramai Hafizah yang menghafal dan memahami Al- Quran sekaligus menyambung usaha dakwah secara berterusan. InysaAllah .


Tuan Guru Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham 
bersama Mudir dan anak-anak Madrasah Tahfiz Medan




Sesi Taklimat dan Suai -Kenal Bersama Anak- Anak Madrasah Tahfiz 


   
Sesi Hafalan dan Tarbiyah Anak-Anak Madrasah Tahfiz


Anak-anak Madrasah Tahfiz Daarul Iman As-Salam, Medan



Srikandi Muslimah Madrasah Tahfiz Daarul Iman As-Salam