Pengasas



Tuan Guru Ir. Syeikh Muhammad Syahrum Alfan Bin Achmad Chaidir Ilham
Pengasas Majelis Zikir As-Salam
Majlis Dzikir As-Salam adalah sebuah organisasi yang diasaskan oleh Tuan Guru Ir. Syeikh Muhammad Syahrum Alfan bin Achmad Chaidir Ilham dari Tanggerang, Indonesia. Ia ditubuhkan sejak 2009 sehingga kini. Beliau telah  mendirikan rumahtangga bersama Bonda Titi Rahayu Binti Bambang Bidayat dan dikurniakan seorang puteri yang di beri nama Rizka Fathya Fancha Binti Muhammad Syahrum Alfan.

Tuan Guru  merupakan graduan ' Faculty of Fisheries, Bogor Agriculture Institute (IPB) dan memegang ijazah  Engineer (Ir.) sejak May 1995, dalam pengkhususan 'Majoring in the Management of Water Resources'.

Antara pengalaman dan jawatan yang pernah disandang adalah seperti berikut :-

2013-Terkini         Pengasas dan Pemilik PT Zafira Hakikat Rabb.
2009-Terkini         Pengasas Rumah Yatim As-Salam.
2007-Terkini         Pengasas  Majelis Dzikir As-Salam.
2003-2007             President Director at PT W & WWT Maconindo, Jakarta.
2003                      Director at PT Wahana Tirta Persada, Jakarta.
2001-2002             Marketing Manager at PT Tirta Teknosys, Jakarta.
2000-2001             General Manager at PT Kaltamitra Adhinusa Perdana, Jakarta.
1998-1999             Commercial Manager at PT Sinar Tirta Bening, Jakarta.
1996-1998             Marketing Manager at PT Sinar Tirta Buana, Jakarta.
1996                      Head of Marketing Service Section at PT Tirta Teknosys, Jakarta.
1996                      Consultant at PT Spektra Matrika Indah, Jakarta.
1994-1996            General Manager at the Indonesia Fisheries Science and Technology (INFISTEC)   
1992-1994            Chairman of the Development and Business Section at the Human Resources                                           Development Foundation (YPSDM) Pratama Indonesia, Bogor.


Pengalaman Organisasi :-

2007-Kini              Chairman, Majelis Dzikir As-Salam.
1994-1997             Vice General Secretary, Indonesian Society for Scientific Fisheries (ISSF).
1992-1995             Chairman, Cooperative of National Fisheries Students (KMPN).
1991-1993             Secretary General, Indonesian Fisheries Students Association (HIMAPIKANI).


Alhamdulillah dengan semangat cintakan dakwah dan ingin membantu anak-anak yatim dan asnaf serta melahirkan lebih ramai penghafal Al-Quran maka tertubuhlah Majelis Dzikir As-Salam serta Rumah Anak - Anak Yatim di Tanggerang dan Binjai , dan Madrasah Tahfiz Daarul Iman As- Salam , Medan.

Disamping melaksanakan program Dakwah dan Tarbiyah , Tuan Guru juga merupakan pelopor kepada kaedah rawatan islam menggunakan Kaedah Terapi Zikir. Kaedah Terapi Zikir ini merupakan satu kaedah penyembuhan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit yang bersifat fizikal seperti patah tulang, kanser, kegagalan buah pinggang , atau penyakit yang bersifat spiritual  seperti gangguan sihir, anxieti, depresi dan sebagainya.

Justeru Kaedah Terapi Zikir ini digunakan oleh semua perawat-perawat yang berdaftar dengan Pusat Rawatan Islam As-Salam di Malaysia dan Indonesia. Kaedah ini dijamin 100% patuh syariah, tanpa menggunakan sebarang medium perantaraan dan hanya memohon kesembuhan daripada Allah S.W.T.

Adalah menjadi harapan Tuan Guru agar dakwah Rasulullah S. A. W dapat diteruskan dan mengajak semua insan untuk mentauhidkan Allah serta menebarkan kebaikkan, kasih-sayang serta memupuk sifat ihsan.